Thursday, August 06, 2009

PERBEZAAN KETARA YG BERJAYA DAN YG GAGAL!!

salam:) hari2 ade post.. ana pon penat nak post.. tapi nafsu nak mengepost nih kuat sgt smpai ana tpkse post.. huh?? ape ana mrepek nih.. hahha.. senanyer ana tgh tercari-cari post yg bez.. n lastly ana pon tjmpe post yg bez.. allah memudahkan kerja ana.. hehe.. post kali ni spt yg korang sume dah tgk kat tajuk die.. berkisar ngn perbezaan org yg berjaya dan yg gagal.. bkn laa ana ni nak poyo sgt post bnde2 yg baik.. korang kene paham.. ana xde tajuk yg bez.. hehe.. erm.. dah laa mls la nak merepek lg.. menambah dose jep nnt.. huhu.. korang bace la yee.. smoge diberi petunjuk melalui post ana nih.. ngee~

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata biar saya buat kerja ini untuk awak
Seorang yang gagal sentiasa berkata ini bukan kerja aku

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan
Seorang yang gagal berkata perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata aku dah silap
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata ini bukan silap aku

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata Aku mesti lakukan sesuatu
Seorang yang gagal berkata Sesuatu mesti dilakukan

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

ok.. sila komen.. hehe

0 comment maut: