Sunday, September 13, 2009

BERSANGKA BAIK

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

1.Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2.Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3.Jika bertemu orang tua,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4.Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5.Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6.Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


kat sekolah kita pon sering diingatkan supaya sentiasa bersangka baik terhadap member mahupun musuh.ana pon selalu dengar ayat ni : sesungguhnya selemah-lemah ukhuwah ialah bersangka baik. betul x syihan?jadi, marilah kita bersangka baik terhadap member-member kita.x salah kan?malah banyak manfaatnya.
sengihnampakgigi

3 comment maut:

qyqa said...

salam..
hm memang kita kna bersangka baik pd org..
tp salunya hati ni degil jg nak kutuk org..
he3..btol x?

.amrihalim. said...

yap! btol3..
amek peluang di bulan ramadhan ini tok perbaiki diri kita.
ngee.

Hakim Ishraf said...

wahhh jum bersangka baik lepas ni!
terima kasih.