Saturday, August 08, 2009

KELEBIHAN BERDIAM

salam.. posto posto.. hari2 ade posto.. tapi start minggu dpn mungkin da bkn ari2 kot.. sbb smih da mula sesi persekolahan ba'da cuti h1n1.. semoga mereka yg menghidap h1n1 akan sembuh secepat mungkin.. ok berbalik pd tajuk kita pd hari ini.. eh salah.. pd mlm ini.. kebaikan berdiam (munirah md salleh).. lumrah manusia iaitu suka bercakap walaupon bnde tu x pnting.. tp ana sbg insan biasa ingin bg sikit tazkirah pasal berdiam nih..


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
(Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu
adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Wasalam....


1 comment maut:

Unknown said...

cakap bila perlu,diam bila da takde benda penting nak cakap?