Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, August 08, 2009

KELEBIHAN BERDIAM

salam.. posto posto.. hari2 ade posto.. tapi start minggu dpn mungkin da bkn ari2 kot.. sbb smih da mula sesi persekolahan ba'da cuti h1n1.. semoga mereka yg menghidap h1n1 akan sembuh secepat mungkin.. ok berbalik pd tajuk kita pd hari ini.. eh salah.. pd mlm ini.. kebaikan berdiam (munirah md salleh).. lumrah manusia iaitu suka bercakap walaupon bnde tu x pnting.. tp ana sbg insan biasa ingin bg sikit tazkirah pasal berdiam nih..


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".
(Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu
adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Wasalam....

Menarik Di Dalam>>

WORDS FROM DATUK DR.MUHD FADILAH KAMSAH

salam.. post lagi..sengihnampakgigi erm... kat sini ana nak share beberape kata2 dari penceramah motivasi nombor 1 malaysia (mungkin) datuk dr. muhd fadilah kamsah.. mls ah nak taip pnjang2.. korang bknnye nak bace pon kan..menari ok.. semoga terpesona dan beroleh petunjuk melalui post ana ni.. sekian..

Ketika kamu melihat seseorang...
Ingatlah itu sebagai pertemuan suci....


Ketika kamu melihat orang itu...
Kamu melihat dirimu sendiri...


Ketika kamu menganggapinya...
Kamu menganggaplah dirimu sendiri...


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan "penuh gembira & ceria" ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan "serba tak kena"

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah
"biasa" saja, sesiapa yang datang dengan "ceria",
hasilnya akan jadi "lebih daripada biasa" ataupun "luar biasa".

Bekerja la dengan "ceria" agar menghasilkan produktiviti yang "luar biasa" yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...."


Jadi renungkanlah....


1.
Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG KERJA'

2.
Ada kala kita rasa kita 'BUSY GILA', rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3.
Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'.

4.
Adakala kita rasa kita 'OPENMINDED and OUTSPOKEN' tapi rupanya kita 'KURANG PENGAJARAN'.

5.
Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS', rupanya kita hanya lebih kepada
'KRITIK'
yang mencipta 'KRISIS' .

6.
Adakala kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA' tapi rupanya kita di lihat lebih 'MENGADA-NGADA' .

7.
Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8.
Adakala kita rasa kita ni pekerja yang 'SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI' tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah
kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


sekian.................
Menarik Di Dalam>>